Tuesday, April 6, 2010

Buang Anak!!! Apew Dosa Bdak Kecil tue

Assalamualaikum n very2 gud morning to all ma fellow readers..


Sekarang banyak kita dengar kisah buang bayi ni, kalau ada satu kes mesti lepas tu akan keluar kisah yang lebih kurang sama, dah macam epidemik, makin menjadi-jadi...what da KOF??.. Semalam baca dari laman web saifulislam, laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Saya sangat terkejut dengan jumlah ini, ramainya anak gadis kita yang terlibat dengan gejala ini. Maksiat dan zina semakin berleluasa, buat kita berfikir dimana silapnya. Masa ini semua akan menuding jari sesama sendiri, jika ditanya pada saya sebahagian besarnya adalah kerana rapuhnya institusi kekeluargaan dan juga kurangnya didikan agama.



Dunia ini sangat kuat pengaruhnya, lagi-lagi pengaruh terhadap hawa nafsu.Sejak kecil Anak-anak mesti dididik mebina benteng yang kukuh untuk melawan godaan dunia. Sekarang jarang kita jumpa adik-adik yang sekolah menengah yang tak ada awek/pakwe, ber-couple dah menjadi trend masa sekarang, kalau tak ada kekasih kita akan dianggap kolot dan tak laku. Dengan pemikiran yang macam ni, maka makin kuatlah gejala maksiat ini terjadi. Pada saya keluarga adalah pembimbing utama dan juga penguasa yang seharusnya membimbing dan mengawal anak-anak. Kemana perginya bapa yang memarahi anak yang tak solat, kemana perginya ibu yang menahan anak yang keluar rumah tanpa menutup aurat dan kemana perginya abang dan kakak yang menasihati adik-adik yang keluar berduaan dengan orang yang bukan muhrim mereka?





Sedih rasanye kalu membaca dan mendengar kisah2 mengenai buang bayi ni. Ramai orang yang mahukan zuriat tapi masih belum mendapat rezeki, mereka buang anak macam anak-anak ni umpama botol kicap..bole dibuang sesuka ati..hargai le nikmat anak pemberian tuhan...buang anak bkanyer penyelesaian terhadap ketelanjuran.. Bukan ke untuk melahirkan anak itu perlu melalui pahit manis selama sembilan bulan, perasaan tak terusikkah selama sembilan bulan tu? Kadang-kadang saya terfikir tak ada perasaan langsungkah mereka nie, kenapa anak itu mesti dibuang. Takutkan kata-kata dan kejian orang atau takut memalukan keluarga? Bukankah lebih baik takut dan malu kepada Allah S.W.T....renung2kan

p/s: Emosional le plak,takpe le kan.. rasanya semua orang emosional bila baca berita tentang buang anak ni kan.mari sesama mainkan peranan kta.. ^^ 

No comments:

Post a Comment