Tuesday, April 6, 2010

FAKTA MENARIK

Assalamualaikum n a very gud everning to oll's ma fellow reader..hahaha...kali nie sKOdi ada nak berkongsi sedikit sebanyak fakta2 menarik yang sKOdi jumpe kat promote5 blog...harap u'olls mendapat some fact daripada ape yang di post nie ey... ^^


fakta2 menarik :-
1. Janin mula membentuk cap jari seawal usia 3 bulan

2. Paus biru mempunyai pembuluh darah yang amat luas sehinggakan ikan biasa (sekadar contoh) dapat berenang didalamnya.

3. Manusia dan kucing mempunyai bahagian otak yang sama bertanggungjawab berkenaan dengan emosi.

4. Sotong kurita memiliki 3 jantung.2 jantung mengepam darah ke bahagian insang manakala satu lagi mengepam ke seluruh anggota badannya.

5. Apabila kucing berada dalam ketakutan, kesemua bulunya akan berdiri tegak. Apabila ia diancam atau bersedia untuk menyerang, hanya bulu bahagian tulang belakang dan ekor akan tegak sedikit (condong).

6. Lipas boleh hidup selama seminggu hingga 10 hari tanpa kepalanya.

7. Paus biru boleh menghasilkan bunyi sehingga 188 decibal. Ia merupakan bunyi yang paling kuat dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 530 batu.

8. Kebanyakan kucing adalah kidal.

9. Mata burung unta lebih besar daripada otaknya.

10.Seekor jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

11.Telinga cengkerik terletak di kaki hadapan, betul-betul dibawah lututnya.

12.Anjing boleh mendengar sejauh 250 meter berbanding manusia hanya 25 meter.

13. Tikus merupakan haiwan yang paling berjaya dalam kelangsungan hidup walaupun bermacam-macam cara digunakan manusia untuk menghapuskannya.

14. Sebab kenapa burung terbang dalam bentuk V ialah supaya ia dapat mengesan setiap ahli didalam kumpulannya, Juruterbang pesawat pejuang juga menggunakan alasan yang sama apabila berada diudara.

15. Rahang untuk kucing hanya boleh bergerak keatas dan kebawah tidak seperti anjing dan manusia yang boleh digerakkan kekiri dan kekanan.

next tyme kalu sKOdi ade terjumpe sumthing yang intresting..akan dipost lagi ey..sampai sini dlu le wat hari nie..wat kengkawan sume ...Selamat Malam n Sweet Dream




No comments:

Post a Comment